Latest Blog Posts
First and foremost!
First and foremost!
28/02/2018 6

First and foremost!

Posted by admin 28/02/2018 6 Comment(s) About Me,
 
Melati kuntum tumbuh melata,
sayang merbah dipohon cemara,
assalamualaikum mulanya kata,
saya sembah pembuka bicara.
 
 

 

Haaa gittew pembuka bicara. Pantun klasik uols. Haha. Arghhhh, rasa nak menjerit sebab akhirnya hasrat yang dah lama disimpan menjadi kenyataan. Aku memang suka sangat menulis. Tapi yelah, masa tak mengizinkan (cewahhh) tapi hasrat tu tak pernah padam hinggalah ke hari ini. Finally! Banyak yang aku plan nak share tapi sebelum apa-apa, untuk first entry ni kita mulakan dengan pengenalan diri dulu laaa yedak? Karang orang tertanya-tanya pulak "siapalah minah ni.." Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tapi cinta I dah ada yang empunya ye. Chiaaaaa :p
 
 
Nurul Izzati nama diberi. Orang panggil Zati je :) Kalau yang kenal dari zaman sekolah/zaman U/Zaman Twitter, ramai yang panggil aku Zitot. kenapa Zitot? Takyah tanyalah. Haha. Mesti ramai yang berteka-teki dengan umur aku kan? Yelah, nak teka pun susah sebab tak nampak muka. Haha. Bulan 6 tahun ni, genaplah umur aku 26 tahun. Beza setahun dengan husband aku, dia 27 tahun. Mak ayah aku asal nogoghi (Negeri Sembilan) tapi aku dilahirkan di Kuala Lumpur dengan 4 adik beradik aku yang lain. Aku anak no 4, yang paling garang dan yang paling manjaaaa jugek. Kahkah. Paling manja dengan abah. Lahir di KL, membesar di KL, sekarang dah kahwin pun masih belum move on dari KL k. Bak kata orang, KL ni semua ada. Baik ada, jahat pun ada. Pandai-pandai kau la nak pilih yang mana.
 

Orang kata kalau pakai tudung bawal, nampak awet muda. Haha.

So I nampak macam budak sekolah tak? :P

Half introvert. Happily married and a mother of a sonshine :)

 

Ramai juga yang tanya aku berpurdah dari sebelum kahwin ke? Jawapannya TAK. Hehe. Aku mula berhijrah dan berpurdah selepas berkahwin. Sebab suami suruh ke? (Soalan cliche hehe) Jawapannya TAK jugak. Tak pernah pun disuruh sesiapa. Aku sendiri yang nak pakai. Sebab apa? Niat aku biarlah hanya Allah sahaja yang tahu :) Aku bukan berlatar-belakang sekolah agama. Keluarga pun biasa-biasa je. Sekolah dulu pun beshe-beshe jugak. Nak kata belajar tak pandai, pandai la jugak. Grad UiTM 3 pointer la gak. Kahkah. Akak gurau jer, akak gurau jer :p Selalu jugak dapat komen dari orang yang first time jumpa aku mesti cakap aku ni garang. Well, aku memang garang secara lahiriah kot. Haha. Tak dinafikan, aku seorang yang serius. Kalau first time jumpa and nampak aku macam muka ketat jeee -- paham paham jela. Muka je camtu, tapi hati sis baikkk. Haha! Tula orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau dah kenal, mulut potpet potpet tu perkara biasa. :D

 

 

Serba sedikit latar belakang aku 

Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar

Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (sampai form 2 je)

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas) (form 3 je)

SMTKL - Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur 2008/2009 (form 4 - 5)

UiTM Arau, Perlis - Diploma in Accountancy

UiTM Merbok/Puncak Alam - Degree in Accountancy

(Tapi takde rezeki disini dan aku berhenti belajar masa sem berapa tah tak ingat dan aku decide untuk fokus bisnes hehe)

 

 

Aku pasti ramai yang mula mengenali aku melalui Mawaddah Izzati. Betul tak? Sampai ada yang ingat aku ni model tetap MI. Tak sangka pulak aku ni founder katanya. Haha. Macam-macam. Ya, aku yang mula-mula menubuhkan Mawaddah Izzati satu ketika dahulu. Tapi tak lama selepas tu, aku usahakan bersama dengan husband aku sehingga ke hari ini. aku sendiri tak pernah sangka kami akan serius dalam bidang ni. Alhamdulillah semua aturan Allah ;) Kisah macam mana terciptanya Mawaddah Izzati tu, nanti-nanti la aku cite k. Masatu aku baru kahwin lebih kurang setahun. dan umur aku ketika itu 22 tahun. Muda trang tang tang. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun usia perkahwinan aku dan lebih kurang itu jugalah usia aku didalam dunia bisnes ni. Jauh lagi perjalanan dan banyak lagi yang aku perlu belajar.

 
 

 

Meet my sonshine, Adam Bin Ahmad Firdaus ;)

 

 
 
keluarga kecilku :')
 
 
Buat masa sekarang ni bertiga aje, siapa tahu ada rezeki berempat ke berlima pulak tahun ni? Ameen! Korang doakan k? Byeee :p
 
Tags: ABOUT ME

6 Comment(s)

azira:
28/02/2018, 08:26:19 PM
Reply

first entry yg menarik sis ????????. sye fans sis ????????

syerena:
28/02/2018, 08:57:17 PM
Reply

Akak zati saya dari first kenal kak zati dekat ig, saya suke tengok perkembangan keluarga & bisnes akak. Semoga Allah berkati usaha dan kehidupan akak dan keluarga. Next blog taknak ke share cara akak bisnes smpai skrg?

Anis Al Kausar:
28/02/2018, 08:59:02 PM
Reply

Wahhh..kak zati ada blog la..paih nie mohon update selalu..tak sabar nak baca next entry ????

madihah:
28/02/2018, 09:27:58 PM
Reply

Siap ada pantunnn ahaha saya suka saya sukaaaaa ????????

FatihahFauzi:
01/03/2018, 05:40:20 AM
Reply

Keep on writing kak zati!! Waiting for next entry.

Sarah Tajul:
01/03/2018, 10:02:09 AM, www.thegirlinahood.blogspot.com
Reply

Tak sabar nak next blog post!

Leave a Comment